|
PROGRAM PENSIJILAN 1CITIZEN UNIVERSITI MALAYA
Program Pensijilan 1Citizen di peringkat Universiti Malaya akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 20 dan 21 April 2013 (Sabtu dan Ahad) Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang Tempat : Makmal Komputer, Blok A, FSKTM (Berkumpul di Foyer, Blok A, FSKTM)
Sehubungan itu, pelajar-pelajar dalam senarai yang dilampirkan adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri program tersebut seperti ketetapan di atas.
Kehadiran akan diambil dan pelajar yang gagal menghadirkan diri hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Dekan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan kepada pelajar yang hadir.
Pelajar yang hadir akan diberikan markah merit.
Pelajar boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus untuk ke Fakulti dari Kolej Kediaman masing-masing.
Pelajar yang mengikuti program ini dengan jayanya akan mendapat Sijil 1Citizen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dalam program ini, pelajar akan menghasilkan portfolio dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5000. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini di peringkat Universiti Malaya, sila hubungi Koordinator Program 1Citizen melalui emel siti_soraya@um.edu.my.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Program 1Citizen, anda bolehlah mengunjungi laman web http://www.1citizen.com.my/.
Terima kasih.
-------------------------------------------------------------------------------------- DR. SITI SORAYA ABDUL RAHMAN Koordinator Program 1Citizen Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya
|